Suikoden V

Suikoden V (Jepun: 幻想水滸伝V, Hepburn: Gensō Suikoden Faibu, (dengarkan) (bantuan·maklumat)) ialah PVB yang dibangunkan oleh Konami dan Hudson Soft, ia diterbitkan oleh Konami bagi platform Sony PlayStation 2 sebagai ansuran ke-5 dan siri terakhir siri francais Suikoden. Permainan ini dikeluarkan pada tahun 2006, dan telah laris lebih daripada 200,000 unit di Jepun.[1]Plot di dalam permainan Suikoden V terinspirasi daripads sebuah novel Cina klasik bernama Shui Hu Zhuan, oleh Shi Nai'an seorang karyawan Empayar Mongol dan Dinasti Ming. Siri mengambil masa 6 tahun sebelum berlakunya peristiwa pemberontakan wilayah Scarlet Moon ke atas Empayar Barbarossa Rugner. Ia berlatar di sebuah negeri bernama Keratuan Falena yang dipimpin seorang Ratu. Keratuan ini berkedudukan di serantau pesisir utara benua selatan, bersempadan dengan Kerajaan New Armes di bahagian tenggara, Theokrasi Nagarea di barat daya dan Persekutuan Laut Island di utara.